Monday, 4 September 2017

KEBAIKAN DAN KELEMAHAN ALAT BERFIKIR (PETA MINDA)

 Pengenalan



    

Proses berfikir adalah kecekapan menggunakan akal menjalankan proses pemikiran atau kemahiran untuk berfikir.Seseorang yang memperolehi kemahiran berfikir sanggup dan cekap dalam menyusun perbincangan, konsep atau idea secara yang teratur dan membuat kesimpulan atau keputusan yang tepat untuk tindakan yang terarah dan sewajarnya.

    Alat bantu berfikir adalah alat untuk membantu meningkatkan kemahiran berfikir seperti menyampaikan idea dengan lebih tersusun, jelas dan mudah difahami.Selain itu,alat bantu berfikir juga membolehkan kita supaya berfikir dengan lebih berkesan dan untuk mengelakkan keputusan terburu-buru.Alat berfikir yang boleh digunakan ialah seperti pengurusan grafik,peta minda , peta i-Think dan sebagainya.

    Menurut Som dan Mohd Dahalan (1998), alat berfikir merupakan instrumen yang dapat membantu kita menggunakan minda dengan lebih sistematis dan berkesan. Dengan menggunakan alat berfikir ini, idea-idea yang disampaikan akan menjadi lebih tersusun, jelas dan mudah difahami.

PETA MINDA







    Peta minda adalah suatu lakaran grafik sebagai satu cara untuk mencatat nota dengan ringkas dan berkesan. Peta minda merupakan satu binaan di atas suatu satah (kertas) di mana isi-isi penting tentang sesuatu diletakkan di tengah-tengah dan idea-idea lain yang berkaitan dikembangkan di luar idea utama. Konsep peta minda ini dipelopori oleh Tony Buzan.Peta minda dibentuk berdasarkan alasan bahawa otak lebih mudah menerima rangsangan yang berbentuk pola.Rupa bentuk peta minda biasanya penuh kreatif dan tidak formal. Penggunaan warna, anak panah, rajah dan kod dibuat untuk menunjukkan kaitan penting.Peta minda dianggap sebagai sejenis rajah labah-labah.Satu konsep yang sama pada tahun 1970 adalah "matahari idea pecah".
Peta minda dibentuk berdasarkan bagaimana otak manusia merakam dan memproses maklumat secara linear dan dalam masa yang sama membuat pengolahan yang menyeluruh.Menurut Abdul Rahim(1997:116) pemetaan pemikiran atau peta minda adalah model idea yang dikembangkan daripada idea asas. Model idea ini dimulakan dengan memberi fokus kepada satu aspek bagi sesuatu tajuk pelajaran seperti sejarah yang dimulakan dengan sebab, faktor, kesan, implikasi dan syarat-syarat.Setiap satu aspek atau idea yang berkaitan.Pemetaan pemikiran dapat memberikan gambaran menyeluruh dan nenunjukkan pertalian di antara satu fakta dengan fakta yang lain.

KEBAIKAN PETA MINDA

1. Mencatat nota dengan mudah.

-Dengan melakar peta minda, seseorang dapat mengorganisasikan fikirannya dalam bentuk gambar ataupun kata kunci yang dapat menjimatkan masa belajar.
-Menggunakan simbol, rajah dan bongkah yang mudah difahami.
-Penggunaan simbol-simbol dan penggunaan gambar rajah juga dapat meningkatkan kemahiran mencatat.
-Peta minda adalah sangat sesuai digunakan untuk membuat nota pada sesebuah topik untuk suatu mata pelajaran berdasarkan prinsip penggunaannya.
-Dapat menjimatkan masa belajar kerana nota yang ringkas.

2.Meningkatkan kemahuan untuk belajar.

-Peta minda juga dapat menarik minat dan meningkatkan tahap pemahaman mengenai sesuatu konsep, maklumat, fakta dan sebagainya.
-Penggunaan peta minda dapat membantu kita mencatat nota atau membentuk gambaran mental yang lengkap daripada perkara yang didengar, dilihat atau dibaca dan apa yang sedang difikirkan.
-Peta minda boleh dihiasi dengan pelbagai warna supaya kelihatan berwarna-warni dan pelbagai corak agar pembaca tidak bosan melihat nota yang sama.

3.Meningkatkan dan menguatkan daya ingatan.

-Peta minda menggabungkan serta menyeimbangkan kegunaan otak kanan dan otak kiri semasa belajar.
-Peta minda membenarkan idea yang lintas pada fikiran dicatat dengan pantas dalam keadaan terurus. 
-Pengurusan peta minda menggambarkan bagaimana otak manusia mengurus idea.
-Catatan yang dilakukan tidak perlu dalam bentuk ayat penuh.

4.Membantu meningkatkan fokus pada isi sebenar.

-Peta minda bukan sahaja membantu dalam mengurus idea-idea dengan nyata, malah memberi satu gambaran menyeluruh secara visual dalam pemikiran tanpa merujuk kepada helaian kertas.
-Dapat merancang dan menyusun idea dalam bentuk kerangka pemikiran untuk digunakan kemudian dalam bentuk penulisan esei, atau dalam persembahan lisan.


KELEMAHAN PETA MINDA

1.Memerlukan fokus yang lebih.

- Peta minda lebih terperinci kepada isi-isi penting dan mungkin tetrtinggal sebahagian isi yang amat berguna.
- Pembaca tidak memberi tumpuan kepada isi yang tidak ditekankan dan mungkin terlepas pandang.
- Memencilkan tajuk kepada beberapa bahagian kecil.

2.Perisian yang agak padat.

- Peta minda yang sarat dengan maklumat akan menyebabkan pembaca hilang fokus.
- Tidak medapat maklumat yang diinginkan dan yang hendak disampaikan. 
- Tidak memahami konteks isi tersebut.
- Peta minda yang tidak sesuai akan menyebabkan gangguan pembelajaran kepada          pembaca kerana pembaca tidak dapat menentukan isi-isi yang perlu diberi perhatian.