Pengenalan
Proses berfikir adalah kecekapan menggunakan akal menjalankan proses pemikiran atau kemahiran untuk berfikir.Seseorang yang memperolehi kemahiran berfikir sanggup dan cekap dalam menyusun perbincangan, konsep atau idea secara yang teratur dan membuat kesimpulan atau keputusan yang tepat untuk tindakan yang terarah dan sewajarnya.
Alat bantu berfikir adalah alat untuk
membantu meningkatkan kemahiran berfikir seperti menyampaikan idea dengan lebih
tersusun, jelas dan mudah difahami.Selain itu,alat bantu berfikir juga
membolehkan kita supaya berfikir dengan lebih berkesan dan untuk mengelakkan keputusan
terburu-buru.Alat berfikir yang boleh digunakan ialah seperti pengurusan
grafik,peta minda , peta i-Think dan sebagainya.
Menurut Som dan Mohd Dahalan (1998), alat
berfikir merupakan instrumen yang dapat membantu kita menggunakan minda dengan
lebih sistematis dan berkesan. Dengan menggunakan alat berfikir ini, idea-idea
yang disampaikan akan menjadi lebih tersusun, jelas dan mudah difahami.
PETA MINDA
Peta minda adalah suatu
lakaran grafik sebagai satu cara untuk mencatat nota dengan ringkas dan
berkesan. Peta minda merupakan satu binaan di atas suatu satah (kertas) di mana
isi-isi penting tentang sesuatu diletakkan di tengah-tengah dan idea-idea lain
yang berkaitan dikembangkan di luar idea utama. Konsep peta minda ini
dipelopori oleh Tony Buzan.Peta
minda dibentuk berdasarkan alasan bahawa otak lebih mudah menerima rangsangan
yang berbentuk pola.Rupa bentuk peta minda biasanya penuh kreatif dan tidak
formal. Penggunaan warna, anak panah, rajah dan kod dibuat untuk menunjukkan
kaitan penting.Peta minda dianggap sebagai sejenis rajah labah-labah.Satu
konsep yang sama pada tahun 1970 adalah "matahari idea pecah".
Peta minda dibentuk berdasarkan bagaimana otak manusia merakam dan memproses
maklumat secara linear dan dalam masa yang sama membuat pengolahan
yang menyeluruh.Menurut Abdul Rahim(1997:116) pemetaan pemikiran atau peta
minda adalah model idea yang dikembangkan daripada idea asas. Model idea
ini dimulakan dengan memberi fokus kepada satu aspek bagi sesuatu tajuk
pelajaran seperti sejarah yang dimulakan dengan sebab, faktor, kesan, implikasi
dan syarat-syarat.Setiap satu aspek atau idea yang berkaitan.Pemetaan pemikiran dapat memberikan gambaran
menyeluruh dan nenunjukkan pertalian di antara satu fakta dengan fakta yang
lain.
KEBAIKAN PETA MINDA
1. Mencatat nota dengan mudah.
-Dengan melakar peta minda, seseorang dapat mengorganisasikan fikirannya
dalam bentuk gambar ataupun kata kunci yang dapat menjimatkan masa belajar.
-Menggunakan simbol, rajah dan bongkah yang mudah difahami.
-Penggunaan simbol-simbol dan penggunaan gambar rajah juga dapat
meningkatkan kemahiran mencatat.
-Peta minda adalah sangat sesuai digunakan untuk membuat nota pada
sesebuah topik untuk suatu mata pelajaran berdasarkan prinsip penggunaannya.
-Dapat menjimatkan masa belajar kerana nota yang ringkas.
2.Meningkatkan kemahuan untuk belajar.
-Peta minda juga dapat menarik minat dan meningkatkan tahap pemahaman mengenai sesuatu konsep, maklumat, fakta dan sebagainya.
-Penggunaan peta minda dapat membantu kita mencatat nota atau membentuk
gambaran mental yang lengkap daripada perkara yang didengar, dilihat atau
dibaca dan apa yang sedang difikirkan.
-Peta minda boleh dihiasi dengan pelbagai warna supaya kelihatan
berwarna-warni dan pelbagai corak agar pembaca tidak bosan melihat nota yang
sama.
3.Meningkatkan dan menguatkan daya ingatan.
-Peta minda menggabungkan serta menyeimbangkan kegunaan otak kanan dan otak kiri
semasa belajar.
-Peta minda membenarkan idea yang lintas pada fikiran dicatat dengan
pantas dalam keadaan terurus.
-Pengurusan peta minda menggambarkan bagaimana otak manusia mengurus
idea.
-Catatan yang dilakukan tidak perlu dalam bentuk ayat penuh.
4.Membantu meningkatkan fokus pada isi sebenar.
-Peta minda bukan sahaja membantu dalam mengurus idea-idea dengan nyata,
malah memberi satu gambaran menyeluruh secara visual dalam pemikiran tanpa
merujuk kepada helaian kertas.
-Dapat merancang dan menyusun idea dalam bentuk kerangka pemikiran untuk
digunakan kemudian dalam bentuk penulisan esei, atau dalam persembahan lisan.
KELEMAHAN PETA MINDA
1.Memerlukan fokus yang lebih.
- Peta minda lebih terperinci kepada isi-isi penting dan mungkin tetrtinggal sebahagian isi yang amat berguna.
- Pembaca tidak memberi tumpuan kepada isi yang tidak ditekankan dan mungkin terlepas pandang.
- Memencilkan tajuk kepada beberapa bahagian kecil.
2.Perisian yang agak padat.
- Peta minda yang sarat dengan maklumat akan menyebabkan pembaca hilang fokus.
- Tidak medapat maklumat yang diinginkan dan yang hendak disampaikan.
- Tidak memahami konteks isi tersebut.
- Peta minda yang tidak sesuai akan menyebabkan gangguan pembelajaran kepada pembaca kerana pembaca tidak dapat menentukan isi-isi yang perlu diberi perhatian.